Sabtu, 15 Jun 2013

UMRAH 2012 - KISAH 1

ASSALAMUALAIKUM ....


alhamdulilah  saya dan isteri masih berpeluang membawa anak-anak dan jemaah yang lain ke tanah suci  menunaikan ibadat umrah . 

30 may 2013 Bermula perjalanan umrah kami,penerbangan dari kuala lumpur ke dubai berjalan lancar . kami menaiki penerbangan EMIRATE AIRLINE yang sangat selesa . walaupun perjalanan kami transit ke dubai . tapi ia menjadi satu pengalaman menjejaki ke buni dubai .perjalanan kami mengambil masa 5 jam lebih . sampai kami disana kami bersiap sedia memakai ihram dan solat subuh . pengalaman kami di dubai sangat mencabar kesabaran ,kami tidak dibenarkan menumpahkan setitik air kelantai tandas walaupun kami ingin mengambil air sembahyang . 
airport kuala lumpur
perjalanan ke dubai .
alhamdulilah . menu yang dihidangkan sangat sedap.


       kami meneruskan perjalanan kami ke tanah suci mekah. kami sampai ke jedda dan bermiqat di karnul manazil .alhamdulilah kami selamat sampai di jeddah dan bibir ta putus-putus berzikir serta berselawat keatas junjungan nabi muhammad . semasa sampai ke jeddah kami dikerumun oleh perkerja mereka yang bermurah hati ingin menolong mengangkat beg ke bas. tetapi mereka akan meminta tip yang tinggi. alhamdulilah saya masih berpeluang menjejaki ke tanah suci dan penjalanan kami  lancar semasa prosedur imigrisen . kawalan di jeddah sangat-sangat ketat. kami harus bersama dengan ihram masing-masing.

      Alhamdulilah bas kami sampai ,kami mengalunkan talbiah beramai-ramai . rasak sebak sebaik saja menjejaki kaki ke tanah suci mekkah . rasa diri ini sangat kerdil disisi ALLAH . kami ditempatkan di hotel MARSA AL-JARIAH .


alhamdulilah kami ditempatkan hotel yang dekat dengan masjidil-haram . senang kami berulang alik . selepas selesai menguruskan penginapan jemaah yang lain . saya membawa jemaah ke masjidil-haram . alhamdulilah saya dapat jemaah yang sangat baik . saya memberi tunjuk ajar sebaik saja sampai didepan kabbah . 

sampai sini saja sedikit coretan saya ke tanah suci .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan